Hak
Pekerja Pelatih,
Tanggungjawab Bersama

Hak
Pekerja Pelatih,
Tanggungjawab Bersama

Hak
Pekerja Pelatih,
Tanggungjawab Bersama

Hak
Pekerja Pelatih,
Tanggungjawab Bersama

Hak
Pekerja Pelatih,
Tanggungjawab Bersama

Kesaksamaan Untuk Warga Pekerja.

Inisiatif Ini Dibawakan Oleh:





Apakah Fungsi Portal ini?

Portal ini dibina untuk membantu pekerja pelatih/intern untuk melaporkan kekurangan bayaran upah di agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat di sektor swasta.

Kebanyakan program latihan/internship di pelbagai industri, tidak kira di dalam agensi kerajaan mahupun sektor swasta adalah tidak berbayar atau dibayar upah yang kecil. Bebanan sara hidup dan kos-kos untuk bekerja ini terpaksa ditanggung sendiri oleh pekerja pelatih/intern tersebut. Agensi kerajaan, para syarikat dan institusi pengajian harus memainkan peranan proaktif dan berganding bahu untuk memberikan pampasan yang sewajarnya untuk pekerja pelatih.


Matlamat Kami

Maklumat yang dikumpul di dalam portal ini akan digunakan sebagai batu loncatan untuk menggalakkan pembayaran sewajarnya kepada kesemua pekerja-pekerja pelatih.

Disamping itu, agensi kerajaan dan syarikat swasta yang telah melaksanakan pembayaran pekerja pelatih akan diraikan.

Isikan maklumat anda di bawah untuk bersama-sama melakukan perubahan.


Statistik Sehingga Kini

638


LAPORAN

401


MAJIKAN

422


INSTITUSI

Susur Masa

  • 22/07/2019

    Kempen Bermula di Twitter

    YB Syed Saddiq secara rasmi memulakan kempen #PaidInternship melalui akaun Twitter beliau, dengan memberikan maklumbalas terhadap aduan seorang netizen.

  • 24/07/2019

    Pelatih Kerajaan Menerima Elaun

    YB Syed Saddiq mengumumkan perlaksanaan bayaran elaun untuk pekerja pelatih/interns yang berkhidmat di bawah kerajaan.

  • 15/08/2019

    Kadar Elaun RM5/sejam

    Kadar elaun untuk pekerja pelatih di bawah seliaan kerajaan bermula dari RM300-RM900, atau RM5/sejam. Ini akan bermula dari 1 September 2019.

  • 06/09/2019

    Surat Ketetapan Bayaran Di Sektor Awam

    Melalui surat pekeliling bertajuk ”Ketetapan Bayaran Elaun Kepada Pelajar Institut Pengajian Tinggi Yang Mengikuti Latihan Amali/Praktikal di Sektor Awam” yang bertarikh 6 September 2019, “Mesyuarat Khas Jemaah Menteri Mengenai Isu-Isu Belia” bil 1/2019 pada 15 Ogos 2019 telah bersetuju seperti berikut untuk pekerja pelatih di dalam sektor awam:

    1. Supaya kadar elaun pelajar yang menjalani latihan amali/praktikal di sektor Awam dinaikkan kepada RM5.00 sejam;
    2. Supaya kadar baharu pembayaran elaun berkuat kuasa pada 1 September 2019; dan
    3. Supaya pembayaran elaun pelajar yang menjalani latihan amali/dan praktikal menggunakan peruntukan kewangan sedia ada di Kementerian/Jabatan/Agensi masing-masing.

  • 15/09/2019

    Laman Sesawang Laporan Dilancarkan

    Laman sesawang paidinternship.my dilancarkan untuk mengumpulkan maklumat dan aduan para pekerja pelatih/interns yang tidak dibayar di sektor swasta.



Soalan Lazim

  1. Melalui surat pekeliling bertajuk ”Ketetapan Bayaran Elaun Kepada Pelajar Institut Pengajian Tinggi Yang Mengikuti Latihan Amali/Praktikal di Sektor Awam” yang bertarikh 6 September 2019, “Mesyuarat Khas Jemaah Menteri Mengenai Isu-Isu Belia” bil 1/2019 pada 15 Ogos 2019 telah bersetuju seperti berikut untuk pekerja pelatih di dalam sektor awam:
    1. Supaya kadar elaun pelajar yang menjalani latihan amali/praktikal di sektor Awam dinaikkan kepada RM5.00 sejam;
    2. Supaya kadar baharu pembayaran elaun berkuat kuasa pada 1 September 2019; dan
    3. Supaya pembayaran elaun pelajar yang menjalani latihan amali/dan praktikal menggunakan peruntukan kewangan sedia ada di Kementerian/Jabatan/Agensi masing-masing.


  2. Sektor korporat dipohon untuk memikirkan soal kebajikan pelajar institusi pengajian tinggi yang mengikuti latihan praktikal. Pekerja pelatih/intern adalah tenaga kerja yang penting, dan tidak boleh dianggap sebagai tenaga kerja percuma kerana mereka dilihat sebagai pelapis baru pekerja-pekerja di sesebuah syarikat.
  3. Kos sara hidup yang tinggi berserta elaun sifar ini boleh dilihat sebagai tidak produktif kerana ianya boleh meruntuhkan semangat pekerja-pekerja pelapis, disamping membebankan mereka yang baru sahaja menjengah ke alam pekerjaan.
  1. Semua pekerja pelatih disarankan untuk diberi elaun untuk tugasan masing-masing, khususnya golongan B40 dan M40 yang kurang mendapat pembelaan sewajarnya semasa menjalani latihan praktikal. Selain itu juga untuk memastikan nasib mereka yang berasal daripada keluarga B40 ataupun M40 yang tidak akan dapat akses peluang-peluang di ibu kota disebabkan tiada pembayaran elaun, dapat dibela.
  1. Sebelum pelaksanaan latihan praktikal berbayar di sektor swasta, pelaksanaan melalui agensi-agensi kerajaan melalui JPA perlu diperkemaskan terlebih dahulu.
  2. Terdapat pelbagai faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum sektor swasta melaksanakan pembayaran elaun, seperti penilaian kesediaan sesebuah syarikat dan juga keadaan semasa (sebagai contoh: adakah elaun dibayar, tetapi tidak mencukupi?)
  1. Melalui laman sesawang paidinternship.my, pekerja pelatih yang berasa teraniaya akibat tidak dibayar elaun kini mempunyai saluran untuk mengemukakan masalah mereka.
  2. Setiap laporan yang dibuat perlu disertai dengan nama syarikat, untuk memudahkan Kementerian untuk berdialog bersama-sama pihak syarikat.
  3. Informasi dan data yang dikumpulkan ini akan digunakan sebagai batu loncatan untuk merangka pelan jangka masa panjang untuk memastikan sektor swasta melaksanakan pembayaran elaun kepada pekerja pelatih/intern.